Sabtu, 1 Disember 2012

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa
© Muhammad Haniff Hassan
Pendahuluan 
Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya tidak hanya wujud pada perasaan tetapi di manifestasikan melalui tindakan dalam bentuk pengurusan, perancangan dan itizam terhadapnya. 
Asas bagi perancangan terletak kepada tasawwur terhadap individu yang hendak dihasilkan dan jamaah yang hendak dibentuk. Asas ini sangat penting kerana ialah yang akan membentuk keseluruhan bentuk tarbiyah dan halatuju yang hendak di bawa. 
Mengatakan bahawa matlamat dari tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah untuk menghasilkan individu muslim adalah matlamat yang terlalu umum. Ia harus di spesifikasikan agar ia bersesuaian dengan misi, persekitaran dan niche organisasi. 
Berikut adalah tasawwur bagi individu yang hendak dihasilkan yang akan menentukan orientasi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia yang akan dilaksanakan. Di harap ia akan dihayati oleh keseluruhan ahli. Atas asas inilah tarbiyah dan pembangunan sumber manusia di dalam organisasi akan dilaksanakan dan atas dasar inilah juga setiap ahli membina diri mereka. 
Asas-Asas Individu Muslim 
Sebelum kita membicarakan tentang tasawwur individu yang hendak kita hasilkan, eloklah kita menerangkan ciri-ciri asas individu muslim sebagai peringatan dan atasnya juga ciri-ciri khusus individu yang hendak dilahirkan diasaskan. 
Asas bagi individu muslim ialah tiga. Iaitu 
• Aqidah yang sejahtera dari segala bentuk penyelewengan.  • Ibadah yang benar dan bersih dari segala bid’ah dan khurafat.  • Akhlaq yang mulia. 
Ciri-Ciri Individu Yang Hendak Dihasilkan 
Organisasi seharusnya menuju untuk menghasilkan individu yang berciri-ciri berikut: 
Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan amal. Ciri ini diasaskan kepada sabda Rasulullah s.a.w; 
 1
“Manusia yang bijak ialah manusia yang sentiasa menghisab dirinya dan berusaha untuk hari matinya. Manusia yang lemah ialah manusia yang sentiasa mengikut nafsunya dan sentiasa berangan-angan terhadap Allah taala”(Riwayat At-Turmuzi) 
Hadits ini mengajar kita bahawa seorang muslim haruslah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan kehidupannya dari hari ke hari. Dari sekalian banyak perkara yang perlu dipertingkatkan pastilah amal ibadat khusus yang paling utama sekali. 
Jika kita lihat kepada cara hidup Rasulullah s.a.w. kita akan dapati bahawa Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah manusia-manusia yang sangat gigih berjihad dan melaksanakan amal dakwah tetapi mereka juga adalah manusia-manusia yang kuat beramal. Sehingga mereka dikenali sebagai: “Ahli-ahli ibadat diwaktu malam dan pekuda-pekuda diwaktu siang” 
Yang dimaksudkan dengan peningkatan amal ialah yang meliputi amal khusus seperti qiyamullail, puasa sunat dan tilawah dan juga amal dakwah seperti peningkatan mutu kerja, sikap, budaya kerja dan pencapaian objektif yang meningkat. Walau bagaimanapun keutamaan ialah kepada amal khusus. 
Faktor-faktor yang menjadikan ‘peningkatan amal’ menjadi ciri khusus ialah: 
• kerana perintah Allah dan Rasulnya.  • kerana amal dakwah adalah tugas yang berat yang memerlukan kekuatan untuk melaksanakannya dan mengatasi cabaran yang ada. Kekuatan dan pertolongan yang sebenar adalah milik Allah. Sejauhmana kekuatan dan bantuan itu akan diberi bergantung kepada sejauhmana kita sentiasa mendekatinya. 
Menghayati dan melaksankan amal dakwah. Ciri ini diasaskan kepada firman-firman Allah taala yang terdapat dalam surah Fussilat:33, Ali Imran: 104 dan lain-lain serta hadits yang bermaksud 
“Barangsiapa dari kamu yang melihat kemunkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tiada kuasa maka dengan hatinya dan yang demikian itu selemah-lemah iman.” (Muslim) 
Kesemua dalil-dalil ini menunjukkan bahawa dakwah adalah wajib ke atas individu dan bukan hanya tanggungjawab golongan tertentu. Oleh it setiap individu wajid melaksanakan dakwah dan setiap individu mesti dilatih dan dididik menjadi pendakwah. 
Kita berpendapat bahawa individu muslim bukan hanya seorang yang saleh tetapi juga musleh, ertinya berusaha untuk memperbaiki orang lain melalui proses dakwah dan islah. 
Penghayatan dan perlaksanaan amal dakwah dapat dicapai melalui; 
• kejelasan terhadap kewajiban, matlamat dan seluruh konsep dakwah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Yusuf: 108. 
 2
• kesediaan untuk mengutamakan kepentingan-kepentingan lain sehingga kepentingan pribadi sekalipun. 
Kesediaan seperti ini hanya mampu dimiliki oleh individu yang sentiasa peka terhadap persoalan dakwah dan umat, sentiasa berfikir tentangnya sehingga ia menepati dengan ungkapan; 
“Hidup kerana dakwah dan dakwah hidup kerananya” 
Individu yang seperti ini ialah individu yang mengambil kira kepentingan dakwah dalam segala tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya. 
Diantara contoh sejarah yang boleh dirakamkan untuk menggambarkan individu ini ialah Abu Bakar r.a pada ketika Rasulullah s.a.w. meminta para sahabat berinfaq untuk membiayai pasukan tentera yang akan ke Tabuk. Beliau telah menginfaqkan keseluruhan hartanya. Apabila ditanya apakah yang ia tinggalkan untuk keluarganya ia hanya menjawab 
“Saya tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya.” 
Contoh lain ialah Hanzalah yang telah meninggalkan isterinya yang baru sahaja dinikahi untuk bersama tentera Islam berjihad. Ia telah berjihad hingga syahid dalam keadaan berjunub. 
Menghayati dan melaksanakan amal jama’i. Ciri ini diasaskan kepada firman Allah taala dalam surah As-Saff: 4 dan lain-lain serta hadits yang bermaksud 
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah, kerana sesungguhnya berjamaah itu adalah rahmat sedang perpecahan itu merupakan azab.” (Muslim) 
Segala yang diatas menunjukkan bahawa Islam menganjurkan umatnya menggabungkan diri dalam jamaah. Dalam konteks amal dakwah ia adalah wajib kerana tugas dakwah adalah besar dan berat. Ia tidak mungkin dapat dilaksanakan dan dicapai secara sendirian. Oleh itu wajib atas setiap individu melaksanakan amal dakwah melalui jamaah. 
Untuk memastikan penghayatan dan pelaksanaan amal jama’i yang benar, perkara- perkara berikut haruslah ada; 
• kesedaran dan kejelasan terhadap kewajiban amal jama’i (kerja berjemaah) dan segala konsepnya.  • kejelasan terhadap konsep jemaah Islam yang sebenar.  • penggabungan kepada organisasi dakwah. Tidak mungkin amal jama’i dapat dilaksanakan tanpa seseorang itu menggabungkan diri dalam sebuah jamaah atau organisasi dakwah. 
 3
• kejelasan dan penghayatan terhadap perancangan jamaah. Tidak mungkin seseorang itu dapat melaksanakan amal jama’i dan sentiasa memberi pertimbangan terhadap kepentingan jamaah jika ia tidak memahami perancangan jamaah.  • sikap mengutamakan kepentingan jamaah sebagai kepentingan kedua penting setelah kepentingan Islam dan di hadapan kepentingan-kepentingan lain. Ini menuntut agar setiap individu sentiasa peka terhadap persoalan jamaah dan in hanya akan berlaku apabila ada ketaatan, iltizam dan kepercayaan yang sempurna terhadap jamaah dan kepimpinannya. 
Memiliki kemampuan kepimpinan. Ciri ini didasarkan dari dalil berikut; 
“Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan : 73) 
Pengajaran dari ayat ini ialah Allah taala menggalakkan umat Islam membina sifat dan kemampuan kepimpinan yang di manifestasikan dari amalan berdoa. 
Walaupun Islam tidak menggalakkan umat Islam menuntut jawatan kepimpinan tetapi ia tidak menghalang mereka dari membina kemampuan kepimpinan dalam diri mereka berdasarkan ayat ini. 
Jika kita lihat para sahabat, kita akan dapati bahawa mereka amat tawadu’ dalam menerima jawatan kepimpinan tetapi apabila mereka telah dilantik sebagai pemimpin mereka melaksanakan dengan baik. Sekiranya mereka tidak membina sifat kepimpinan dalam diri mereka dan Rasulullah s.a.w. tidak mendidik mereka dengan kemampuan kepimpinan sudah pasti mereka tidak mampu melaksanakan tugas kepimpinan. 
Secara logiknya seseorang tidak akan dapat melaksanakan tugas kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam jika ia tidak memahami ajaran Islam dengan baik. Oleh itu sewajarnya mereka yang dididik dengan firkrah Islamiah yang ke hadapan untuk melakukan tugas-tugas ini. Namun ini tidak mungkin dapat dicapai jika mereka ini tidak dididik dengan kemahiran kepimpinan. 
Pembinaan kepimpinan boleh dilakukan melalui; 
• pernanaman kefahaman yang mendalam terhadap konsep kepimpinan Islam.  • penglibatan yang aktif dalam kerja organisasi.  • pendedahan terhadap tugas kepimpinan. 
Kompeten terhadap keperluan semasa. Ciri ini didasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang pakar.” (Muslim) 
 4
Tugas pendakwah ialah untuk menegakkan Islam dan melaksanakan misi dakwah di bumi mana ia berada dan di zaman mana ia wujud. Ini pasti tidak dapat dilakukan secara berkesan jika ia tiada mempunyai kompetensi terhadap keperluan semasa dan persekitaran. 
Pendakwah hendaklah seimbang antara idealisma yang diperjuangkan dengan waqi’ yang ia hadapi. Pendakwah tidak harus dibuai mimpi oleh kejayaan sejarah lalu dan kegemilangannya tetapi ia juga berusaha untuk mencipta sejarahnya sendiri di bumi mana ia berada dan di zaman mana ia wujud. 
Kompetensi hendaklah meliputi aspek pemikiran, kemahiran, teknologi dan sikap. Ini semuanya menuntut kepada; 
• kepekaan terhadap persikataran. Ini memerlukan penguasaan kepada teknologi maklumat yang meluaskan pengetahuan terhadap pergolakan dan perkembangan semasa.  • keupayaan untuk berubah. Persekitaran yang berubah menuntut kepada usaha untuk menanganinya dan ini tidak akan dapat dicapai melalui sikap yang selesa terhadap status quo selalu.  • peningkatan kemahiran dan ilmu yang berterusan  • kemampuan untuk mengoperasikan dalil-dalil al Quran, Sunnah dan ijtihad-ijtihad ulama pada persekitaran yang ada. 
Bersikap dan berfikir dengan minda yang universal (alamiah). Ciri ini didasarkan kepada firman Allah taala yang bermaksud 
“Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam.” (Al-Anbiya’ : 107) 
“Sesungguhnya setiap orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat : 10) 
Islam adalah agama yang universal, diturunkan untuk seluruh umat menusia bukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu atau umat Islam sahaja. 
Ukhuwwah Islamiah juga bersifat alamiah. Ia adalah ikatan aqidah dan tidak mempunyai batasan geografi, budaya, bangsa dan lain-lain. Semua umat Islam di Afrika, Amerika, Cina dan lain-lain adalah bersaudara dan mempunyai hak ukhuwwah. 
Oleh itu pendakwah yang berusaha menegakkan Islam seharusnya mempunyai mentaliti, sikap dan berfikir secara universal (alamiah). 
Ini menuntut kepada; 
• kepekaan terhadap pergolakan semasa di dunia.  • penguasaan terhadap teknologi maklumat. 
 5
• mempunyai perspektif yang luas dalam mempertimbangkan segala persoalan dan dalam melakukan perancangan individu dan organisasi. Ertinya apa pun yang dilakukan oleh individu dan organisasi, ia mengambil pertimbangan terhadap pencapaian misi Islam yang bersifat alami dan terhadap pergolakan dunia. Bukan hanya melihat kepada waqi’ yang bersifat tempatan sahaja.  • penyelarasan antara keperluan universal dan tempatan. 
Oleh kerana Islam bersifat alami dan ukhuwwah Islamiah juga bersifat sedemikian maka keperluan untuk menyatukan umat manusia dan umat Islam adalah satu keperluan yang penting. 
Pendakwah haruslah ditanam sikap peka terhadap isu penyatuan dan berusaha sentiasa ke arahnya - penyatuan di kalangan tenaga dakwah, masyarakat setempat, negara dan dunia. 
Begitu juga diperingkat organisasi dan jamaah. Jamaah hendaklah berusaha dan merancang untuk mencapai matlamat penyatuan melalui fikrah dan amal. 
Usaha penyatuan hendaklah dianggap sebagai kewajiban asasi bukan atas dasar faktor- faktor strategi semata-mata. Usaha ini hendaklah dijadikan sebagai ciri utama dalam penhayatan sikap universal (alamiah). 
“Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.” (Ali Imran : 103)  
 6

Selasa, 27 November 2012

Asalamualaikum

Saya pelajar Diploma Pengajian Islam Dan Dakwah
di INSTITUT PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH SABAH